Buku Bimbingan Mukmin ini adalah terjemahan daripada sebuah kitab berbahasa Arab yang berjudul Mauizatul Mukminin ringkasan daripada kitab terkenal Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali.
KEISTIMEWAAN BUKU INI
Ulasan yang dikupaskan dalam buku ini sangat mendalam dengan kandungannya bagaikan mutiara ,membicarakan segenap persoalan hidup merangkumi:
- Bab Ibadah
- Bab Adab
- Bab Akhlak
- Bab Muamalah ( Jual Beli )
- Bab Munakahat ( Perkahwinan )
Antara Kandungan Yang Menarik dalam Buku ini ialah:-
- Mengupas secara mendalam berkaitan bab ibadah seharian kita seperti solat, puasa,zakat dan banyak lagi.
- Penerangan yang di sertakan dengan hadis sahih dan keterangan melalui al-quran
- Mengulas bab akhlak mengikut syariah seperti sikap sabar, menghilangkan sikap marah, hilangkan dengki dan banyak lagi akhlak yang baik dan kelebihan kita mengamalkannya mengikut islam.
- Mengupas adab-adab dalam islam seperti adab makan, adab tidur, adab dengan tetamu, adab dengan ibubapa, adab dalam majlis dan lain-lain lagi.
- Menerangkan hukum jual beli dalam islam seperti halal haram perniagaan, hukum riba, akad jual beli, dan cara perniagaan islam.
- Mengupas secara terperinci bab perkahwinan seperti syarat wali, syarat saksi, hak suami/isteri dan banyak lagi.
Buku ini juga turut mengandungi nasihat-nasihat kearah memartabatkan syaksiah menjadi seorang Muslim Mukmin dengan mengikuti jalur-jalur panduan yang digariskan oleh Allah swt dan Rasul-Nya.
Disamping itu, ringkasan ini juga turut memaparkan kaedah-kaedah latihan penghindaran diri dari akhlak yang kurang baik dan penyakit-penyakit hati serta kaedah mendekatkan diri kepada Allah swt sehingga kita akan merasakan bahawa kitalah hamba -Nya yang paling akrab dan hampir kepada-Nya.
Dapatkan buku ini bagi membimbing diri kita dan keluarga menjadi lebih cemerlang dari semua aspek sahsiah diri. Insyaallah.
Penyusun : Ustaz Johari Yaman & Ustaz Azahari
Ketebalan : 969 Muka Surat (Hard Cover)
Harga : RM 95.00