For your info for every item sold, we donate Rm 1 for charity..So if you buy and pay, we donate :-) so don't waste my time especially to backout buyers!!
InsyaAllah twice a year..we all akan sedekahkan wang hasil jualan ke badan2 kebajikan, surau/masjid, pusat pengajian agama or sesiapa yang memerlukan bantuan dan tidak berkemampuan..InsyaAllah dgn doa and support from all of you guyzz if makin maju n berkembangnya bisnes ni leh la maybe third, forth a year we all akan menjalankan aktiviti amal ni :-)
Terima Kasih kerana memberi sokongan sambil menderma!
Thank you for your donation and support!
- Assalammualaikum w.b.t sisters & brothers.. Lets buy and donate with WinstshopEnterprise Atie .. Donation will send to Aman Palestin. Last date on 15 Dec 2012.. Thanks.. Together we save our sisters & brothers in Gaza. May Allah bless you for your kindness :-)
2. Alhamdulillah awal March last month selesai juga tour charity.lokasi pilihan di pedalaman Keningau Sabah. 2 buah rumah fakir miskin & sebuah surau telah menerima bantuan. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul dan mungkin melalui gambar tidak cukup untuk membuat hati tersentuh melainkan melihat sendiri di depan mata. Rumah yg mereka diami tidak semewah mana. Hanya ruangan kecil. Di situlah ruang tamu...di situ jugalah tempat tidur, belajar, makan etc. Terlalu daif terutamanya di rumah panjang di dalam kawasan kilang. kebanyakan mereka miskin dan hidup tidak teratur..I wish I can help all of them..one day...Just pray for me..
Antara barangan keperluan dapur spt beras, minyak msk, sardin, milo, gula etc..wang tunai...beberapa helai telekung, kopiah..beberapa naskah buku Yassin dan buku 7 surah pilihan yg d sumbangkan.
Perjalanan yang agak mencabar untuk tiba ke destinasi amat menarik. Kawasan bukit di pedalaman dan melalui titian gantung tidak mematahkan semangat kami utk berjumpa dengan mereka.
Puan Siti Nirwansyah Binti Dhuha berusia 35 tahun. Tinggal menyewa rumah di Kampung Contoh, Keningau, Sabah. Telah kematian suami kira2 3 tahun yang lalu. Suaminya meninggal akibat di hempap kayu balak sewaktu kerja2 menebang pokok kayu balak di dalam hutan. Mempunyai 5 orang cahaya mata berusia dari 4 – 13 tahun. Puan Siti Nirwansyah bekerja di kilang dengan pendapatan purata Rm400 sebulan bergantung pada kerja. Pendapatan yg diperolehi utk menanggung 5 org anaknya pasti amat membebankan beliau kerana terpaksa memikul beban ini seorang diri dan menjalani hidup sehari2 dengan kos sara hidup yg meningkat saban hari. Anak sulungnya di berhentikan sekolah oleh pihak sekolah kerana masalah tidak mempunyai kad pengenalan. Hakikatnya masih terlalu ramai penduduk di pedalaman Sabah yang masih mempunyai masalah untuk mendapatkan kad pengenalan. Di harap pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya. Tanpa kad pengenalan, masa depan mereka akan terjejas!
Nenek Delima Binti Matta berusia 65 tahun. Tinggal di Rumah panjang dalam kawasan kilang papan tempat anak beliau bekerja di Batu 5, Keningau, Sabah. Beliau baru sahaja kematian suami tercinta setahun yang lalu akibat sakit tua. Mempunyai 4 orang anak. Namun anak yang masih tinggal bersama beliau hanya seorang yang bekerja di kilang papan. Yang lain telah berkahwin dan mengikut keluarga masing2 dan nasib mereka juga agak sama kurang mampu dan tidak dapat membantu ibu mereka. Pendapatan purata sebulan hanya Rm200-Rm300 bergantung jika ada kerja. Ini kerana kilang tidak aktif beroperasi akibat kekurangan sumber kayu balak. Sudah pasti dengan gaji yang di terima tidak mencukupi utk menampung kos rawatan nenek dan sara hidup mereka. Nenek tidak lagi bekerja atas faktor kesihatan. Sering demam, batuk, dan mempunyai masalah pendengaran.
Surau yang baru sahaja siap di bina dan masih belum di berikan nama ini terletak di Patikang, Keningau, Sabah. Surau ini di dirikan atas wang sumbangan orang ramai untuk penduduk setempat dan mualaf. Dibina berobjektif kan untuk tempat beribadah dan tempat pengajian mualaf di sekitar kampong.
Jutaan terima kasih kpd semua yg telah membeli sambil menderma di Winstshop Ent.Semoga anda di rahmati Allah. Doa & support anda d perlukan supaya lbh ramai lagi org yg kurang mampu mendapat bantuan.Sama2 kita kongsi rezeki :-)
3. Alhamdulillah dgn rezeki Nya, Winstshop Ent. telah menyumbangkan sedikit bantuan kewangan kpd Aqsa Syarif Berhad melalui projek One Family One Lamp. Semoga semua pembeli yang telah membeli sambil menderma di Winstshop mendapat balasan pahala dan dirahmati oleh Allah s.w.t