Buku ini merupakan sebuah buku yang telah diterjemahkan daripada sebuah kitab berbahasa Arab iaitu Qisasul Anbiya Ibratul li ulil Albab ( Kisah Para Anbiya- Peringatan Bagi Orang Yang Berakal.
Kisah yang dipaparkan dalam buku ini bermula daripada kisah kehidupan Nabi Adam as sehingga kehidupan Nabi Isa as.
Turut dimasukkan juga sejarah beberapa kehidupan para Nabi daripada golongan Bani Israil yang lain seperti Nabi Hazqil as, Nabi Khidir as, Nabi Daniel as dan lain-lain.
Keistimewaan Buku Ini:
a) Kupasan yang terperinci disertakan dengan maksud bagi ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan kisah-kisah para nabi dan rasul.
b) Dimasukkan hikmah dan pengajaran penting bagi setiap kisah yang dipaparkan.
c) Ditambah dengan penerangan berkaitan pengertian nabi dan rasul, bilangan para nabi dan rasul, tugas para nabi dan rasul serta lain-lain lagi.
Antara Kisah Yang Menarik Terdapat Dalam Buku Ini:
- Kisah Penciptaan Nabi Adam as
- Kisah Banjir Besar Pada Zaman Nabi Nuh as
- Kisah Nabi Musa as Dengan Firaun
- Kisah Nabi Ibrahim as Menyembelih Nabi Ismail as
- Kisah Nabi Yunus as Yang Ditelan Ikan Nun
- Kisah Nabi Sulaiman as Dengan Puteri Balqis
- Kisah Nabi Isa as Yang Boleh Berkata-Kata Semasa Masih Bayi
- Dan pelbagai lagi kisah yang penuh dengan pengajaran dan tauladan.
Penyusun : Ustaz Johari Yaman
Ketebalan : 986 M/Surat ( H/Cover)
Harga : RM85.00
No comments:
Post a Comment